Jumaat, 4 April 2014

Mereka Tidak Faham

Ibu ayah saya mempunyai rumah d bandar . Mereka bekerja di sana . Dahulu , kami selalu tinggal bersama di kampung terutama ibu saya . Ayah saya pula agak jarang balik ke kampung kerana bekerja di bandar dan saya faham itu . Tapi sekarang , zaman sudah berubah . Ibu saya selalu mengikuti ayah saya bekerja/tinggal di bandar . Saya , adik saya dan adik sepupu saya (yang juga dijaga oleh ibu saya dari dulu lgi) ditinggalkan di kampung bersama nenek saya . Pada mulanya , saya tidak kesah . Tetapi semakin lama , mereka semakin jarang melawat kami di kampung atau menjemput kami ke bandar . Mungkin dalam pemikiran mereka , saya dan adik2 saya sudah besar jadi tidak perlu dijaga lagi . Tidak seperti dulu , waktu kami masih kecil .

Di kampung , saya tinggal bersama nenek , abg sepupu saya dan isterinya serta empat org anaknya . Mereka tidak suka kpd kami . Dan kami juga begitu . Kerana , ank-anaknya begitu nakal sekali . Bila ditegur , pasti kami dimarah . Sakitnya hati . Padahal memang ank-anknya yang cari pasal dulu . Perangai abg sepupu saya yang suka membuat cerita juga menyebabkan saya tidak suka kepadanya . Pernah suatu hari orang memberitahu saya bahawa dia pernah berkata "Ibu ayah mereka(kami) hanya tahu tinggalkan mereka di rumah . Semua perbelanjaan mereka saya yang tanggung . Mereka semua hanya menyusahkan saya ." Sakitnya hati ini . Sedangkan dia hanya menumpang di rumah ini .  Ibu ayah saya pula ?? Tidak merasa apa yang kami rasa . Mereka hidup tenang di bandar tanpa malu .

Hari ini , hari jumaat . Yaa , hari di mana pelajar akan berehat sehingga hari Ahad . Dengan perasaan yang gembira saya mengemas baju2 saya untuk dibawa ke bandar .Dengan harapan yang tinggi , saya mengharap ibu ayah saya akan dating menjemput kami . Saya sudah tidak sabar untuk bertemu dengan mereka . Saya menghantar sms kpd ayah saya "Assalamualaikum . Ayah , ayah akan mengambil kami ?" Tetapi jawapan sms dari ayah saya menghampakan saya . Dia menjawab "Tidak , ayah tidak mengmbil kamu . Ayah sibuk hari ini . Banyak kerja yang perlu dihabiskan ." Tidak semena-mena air mata saya jatuh . Saya mahu menangis sepuas-puasnya malam ini .

Kerja , kerja , kerja ! Hanya itu yang mampu mereka katakan . Dimana hilang perhatian mereka ?? Saya kehausan perhatian mereka . Begitu jgk adik2 saya . Saya tidak faham apa yang mereka pikirkan sehingga menyebabkan mereka jarang menjenguk kami di sini . Saya SEDIH !!! Mereka tidak faham perasaan saya . Mereka tidak rasa apa yang saya rasa . Yaaa , MEREKA TIDAK FAHAM .